Sunday, 11 January 2015

Salam 2015..

Dah genap 2 thn saya menyepi dari memblog..
Sejak kelahiran Hana Salsabiela, saya begitu sibuk (sibuk ke?) dengan urusan yang tersayang. Maklumlah, baru belajar jadi ibu... Jadi nak fokus sikit..
Sekarang Hana da berumur setahun 10 bulan, Bulan March nanti genaplah Hana 2 tahun.

Ni pic mase 5 months, saje rindu sangat mase Hana kecik. We have great bonding time, which is BF (Breastfeed) . Alhamdulillah.. Dengan rezki yang dikurniakan olehNya... Saya berjaya BF Hana selama setahun setengah.. X cukup 2 tahun spt yg diinginkan.. Tp pada saya, itu da memadai, saya dah cuba utk bg yang terbaik utk Hana..


Dan sebagai ibu baru, boleh kata saya  sudah agak terbiasa ngan rutin2 harian..
dan yang saya rindui, dunia dapur... mixer.. 
Opps.. dan kemajuan utk tahun ini, saya dah mula berbisnes kek..
hehehe...
Segalanya bermula dengan minat..
Dari situ terbinanya Ixxa Delights...
Memula FB page, lepas tu kawan2 suggest saya utk create and jual melalui Instagram.. hehe.
Blog ni memula asalnya izzaidayu.blogspot.com tp susah nk manage email lain2, jadi saya create satu lagi, ixxadelights.blogpot.com.

Kenapa saya berblog?
1. Saya nk share resepi2 saya ngan kawan2. 
2. Demand dari customer/kawan selepas FB dan IG (amboi..)
3. Xdpt pikir now, tp xpelah, bagus jugak kot. Biasa resepi dalam buku jer.. Biarlah tulis dalam blog, mebi utk rujukan yang lain.. Atau Hana da besar esok2, boley rujuk sini..

Ok, Salam 2015 dari saya, maaf atas segala kekurangan..




Friday, 18 January 2013

Kuih Ketayap

Mood ni trase macam chipsmore sudah, kejab ader, kejab xder. Mood membaking pon kureng sikit. My pregnancy now da reach to 30 weeks. Hurm..
Few days back cik hubby request for kuih ketayap. Selalu bli tapi mmg sungguh xtau cemaner org buat, so sbb dah lamer x buat kuih utk chenta hati, sy pon rajinlah nk explore cemane nk wat.
resepi ni sy korek dari chef hanieliza, since die pon org pantai timur, i expect same lah kuih yg kami selalu mkn tuh. Boley tgk resepi kat page chef hanieliza or kat sini :

Bahan Kulit [batter]  - * ni sy ikut bulat2 tp tmbah tepung sikit utk pekatkan batter
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:  *sy ikut kata hati utk tahap kemanisan sbb x rajin nk timbang. btw, sy gune pure manisan dr trg
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan


Wednesday, 14 November 2012

Rose Pudding

Puding ni da buat last AidilAdha baru terhegeh2 nk upload. bukan aper.. for my own reference ;)
Resipi asal boley dpt kat sini. Basic Pudding Credit to my SIL sbb share this recipe to me. I just put some effort to make it nice and yummy to eat. Basic still the same ya ;)
    Bhn2 Puding - sepeket agar (37.5g)
- 6 biji telur
- 1/2 tin susu cair
- 2 sb tepung kastard
- 2 senduk gula
- 7 gelas air (sy letak 8 gelas)

Bhn2 utk kuah
-11/2 tin susu cair
-11/2 gelas air
-1 senduk gula
- 1sb tepung kastard
**boley ditambah buah koktail - ikut citarasa korang

Cara-cara (puding)
A. Agar2 masak dgn 7 gelas air bersama gula . kemudian di tapis. kalo malas, x perlu tapis..hehe
B. Telur + susu + tepung kastard di pukul hingga berbuih

1.Kemudian A + B dipanaskan sehingga 2 minit dgn api perlahan.
2.Now kne letak sikit2 dalm few bekas utk buat bunga, daun dan dahan rose tersebut
** acuan puding x dpt share kat sini coz luper nk amik pic..mebi next time
   - Ambil sesenduk puding -campurkan dgr kaler pink (utk bunga)
   - 1/4 senduk - kaler hijau (utk daun)
   - 1 sk - kaler brown. Kalo xder cmpurkan kaler pink dan hijau wat ala2 kaler dahan :)
3. Tunggu 5-10 minit smpai bunga, daun dan dahan tadi kering. Selebihnye tuang kaler original (atau cmpur sedikit kaler kuning telur) smpai penuh acuan puding tersebut.
4. Tunggu sejuk, letak dalam frige kejab dan siap dihidang  

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Lamer btol rasernye diri ini x berblog~
since confirm preggy for my 1st child, perasaan utk ke dapur during 1st trimester sgt lah kurang..
Mmg sangat2 x rajin nk masak. But my Morning Sickness just mild, i'm not vomiting daily and havent take any MC until now..Alhamdulillah... ;) Now dah 5 months 2 weeks.. Rase cam badan ni ringan sikit.. da leh wat kerja2 rumah and cook for my hubby. ;)
Last week pegi kedai utk bli brg basah tertgk cik 'ketam'..terliur sgt nk mkn, tp xtau masak :P. so i call my moms and tanyer bhn2nyer.. cam simple ajer.. Leh try je lah, lgpon hubby jenis yg x byk songeh..boley mkn ape sajer ;)

Ni lah jadinye after da siap masak.. tada........



















Bahan2
1. 2 ekor ketam
2. Santan dari 1/2 biji kelapa - air agak2 2 cawan (ikut besar periuk)
3. Serai - dititik
4. kunyit hidup/debu - 1 sk (kalo kurang, boley tmbah)
5. Cili kecik - 6-7 bijik -depend kepedasan cili tersebut
6. Bawang yg diblender - 1 sb (optional)

Cara2
1. Bersihkan dan potong 2 ketam. sy potong penyepit tuh sbb semak dalam periuk
2. Masukkan santan dalam periuk.
3. Blender cili bersama kunyit (kalo kunyit hidupla)
4. campur bhn no. 3 td dalam periuk bersama serai dan bawang (optional)
5. Sambil2 kacau2 supaya santan x naik minyak..smpai masak..boley slowkan api.. dan SIAP

senang kan?? slamat mencoba ;)

Thursday, 16 August 2012

Puding Roti

Salam Frens,
lagik satu resepi puding yg sy lupe nk upload - Puding Roti Simple.
Sangat la senang nk wat, men campak2 ajer trus jadik. Ni coz hubby tingin nk makan puding roti 1st week puase. So, sy buatlah utk yg tersyg. Mmg x susah dan boley try utk beginner ;)

Bahan2
- 8 keping roti gardinea *tmbah roti utk loyang lebih besar
- 8 sudu besar gula - leh adjust kalo nk kurang manis
- 2 bijik telur
- 1/2 tin susu cair/susu segar *kalo roti byk kne letak lebih susu
- sesudu susu pekat
- kismis (ikut suka)
- 2 sudu butter


Cara2
1. Potong roti susun dalam loyang.
2. Buat 1 lapisan roti kemudian taburkan kismis. Lepas tuh buat lapisan lain yg sama smpai 3/4or penuh loyang
3. Campurkan telur+susu pekat+gula blender sekejab utk campurkan adunan.
4. Tuang ke dalam loyang yg ader roti tadi
4.  Potong butter kecik2 cam dalam pic bawah letak atas adunan.
5.  Biarkan 5-7 minit bagi susu meresap ke dalam roti
6.  Bakar 20 minit pd suhu 180.







Puding Seri Kaya Bonda

Salam frens,
last few weeks me n my mom ader buat puding seri kaya but blum ader maser nk upload. Kat Terenggganu mmg femes sikit..tp x pernah jumper kuih ni around KL/Selangor. Die cam same ngan resepi puding Caramel yang korang penah wat, tp kte tmbahkan santan dan gula melaka.

Bahan2
- telor 10 bijik
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan santan
- 1 karat gula melaka (ikut suka manis)
 - 3 sudu besar gula

Cara.
1. Pecahkan telur kedalam bekas kemudian tapis
2. Panaskan gula melaka bersama 1/2 cawan air dan tmbahkan gula. Ketepikan
3. Satukan telur bersama santan dan gula melaka tadi bersama garam. Manis ikut citarasa masing2. nk kurangkan atau lebihkan. Kalau nk lagik pekat, boleh tmbahkan lagi santan.
4. Kukus selama 45 minit. Jangan lupa tutup penutup pengukus untuk elakkan air dari memasuki adunan. Nanti x cantik sebb ader lubang2.

*Selamat mencoba~

Wednesday, 15 August 2012

Sardin Bun

Roti sardin ni actually menggunakan basic dough yg saya pernah buat. lepas tuh tmbahkan inti sardin kat dalam. so easy...

Bahan2.
Inti sardin
-1 tin kecil sardin
-1/2 inci halia (dihiris nipis)
-1/4 biji lemon (utk hilangkan hanyir sardin)
-2 sudu sos tomato
-1/2  biji bawang besar dipotong dadu
-2 ulas bawang putih dipotong dadu . -2-3 sudu minyak masak (utk menumis)    


Basic dough (sy buat 1/2 dari basic dough)
-500g tepung gandum@tepung roti
-140g gula
-30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
-11g yis mauripan@sebungkus
-1sk garam
-1sk bread improver - optional
-1sk bread softener - optional
-80g butter@marjerin
-250ml air@susu segar
-1 biji telur - kacau sedikit.


Cara-Cara.
Inti sardin
1. Asingkan kuah dan ikan sardin. Lenyek2 kan sardin bersama perahan lemon. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu minyak kedalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang merah yg dipotong dadu tadi bersama halia.
3. Masukkan kuah dari tin sardin tadi. campurkan dgn 2 sudu sos tomato tadi. Tambah garam secukup rasa bg yg nk masin sikit.
4. Masukkan  ikan sardin yg telah dilenyek tadi. Biarkan si atas api smpai agak2 kering (utk thn lama)

Dough
1. Masukkan semua bahan2 dough kecuali marjerin dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. tmbahkan marjerin. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
2. Bahagikan bulat2 kecil (dalam 40gm) kemudian masukkan inti sardin. lagik byk letak lagik sedap ;).  Kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Sy letak dalam muffin cup utk kelainan. ;)
3. Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 15-20min atau sehingga masak.


Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.